MINGGU 6


 Membina Dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan Dalam Penyusunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

STRUKTUR PERPAUTAN
1. Struktur Linear 
2. Struktur Hierarki 
3. Struktur Rangkaian 
4. Struktur Komposit 


1. STRUKTUR LINEAR
  • Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja. 

2. STRUKTUR HIERARKI
  • Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
  • Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik. 

3. SISTEM RANGKAIAN
  • Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama.
  • Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel 

4. STRUKTUR KOMPOSIT
  • Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
  • Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.